5 Tabiat Positif Anda Harus Teruskan Selepas Ramadan Berakhir

So… Bagaimana sambutan Aidilfitri anda?

Walaupun Ramadan telah pun berakhir, tetapi anda tak semestinya perlu mengabaikan tabiat yang dipraktikkan sepanjang sebulan yang lalu. Tahu tak, kebiasaannya tabiat baru dapat dibina dan dikukuhkan jika anda melakukannya 21 hari berturut-turut.

Kami pasti sepanjang Ramadan, anda telah melakukan pelbagai perkara atau tabiat bermanfaat, jadi apa kata teruskannya kerana ia memberi kebaikan dalam kehidupan seharian kita.

Berikut adalah antara lima tabiat baik dan bermanfaat yang anda harus teruskan selepas bulan Ramadan!

1. Bangun Awal Pagi

image4
Kredit Foto: bradleygauthier.com

Memandangkan dah biasa bangun sahur pukul 4.30 – 5.00 pagi tu, bolehlah teruskan tabiat ini. Kebanyakan orang ternama atau terpengaruh seperti Tim Cook (CEO Apple) dan Jack Dorsey (pengasas Twitter) bangun awal pagi supaya hari mereka lebih produktif. Kebiasaannya, orang yang bangun awal selalu gunakan masa untuk melakukan rutin pagi mereka seperti membaca buku, bersenam dan menulis jurnal. Bukan sahaja badan lebih segar and sihat, tetapi hari anda juga akan lebih produktif!

2. Makan Sarapan Pagi

image5
Kredit Foto: 180degreeswest.com

Bila bukan bulan Ramadan, ramai sebenarnya orang yang keluar rumah tanpa bersarapan terlebih dahulu. Ya lah, takut tak sempat dan sesak dalam traffic. Sebenarnya itu tak elok kerana badan kita tidak boleh berfungsi dengan baik tanpa sarapan pagi. Bak kata orang, “breakfast is the most important meal of the day”. Jadi apabila anda tidak bersarapan, pasti tak boleh buat kerja dengan elok pada waktu pagi kerana perut berkeroncong je kan? Walaupun sekeping roti, sekurang-kurangnya perut anda tak kosong!

3. Membaca Pada Awal Pagi

image2
Kredit Foto: classicalatin.org

Seperti yang kami nyatakan di atas, tabiat membaca pada awal pagi memang selalu diamalkan oleh orang-orang berjaya. Mengapa? Minda anda lebih tenang dan fokus pada waktu pagi serta mudah memahami. Malah awal pagi selalunya kan tenang dan sunyi, jadi lebih mudah untuk anda tumpu perhatian. Selepas solat Subuh, anda boleh berehat sambil membaca sebelum bersiap ke pejabat.

4. Pengambilan Makanan Dalam Kuantiti / Sukatan Kecil

image1
Kredit Foto: guardyourhealth.com

Memandangkan sepanjang bulan Ramadan kita berjaya mengawal rasa lapar dan dahaga (serta turun berat badan!), apa kata kita teruskan berhati-hati dengan pengambilan makanan kita? Bukanlah kami suruh anda berlapar sampai tak makan langsung, cuma pengambilan makanan dalam kuantiti sedikit ini sangat baik untuk kesihatan. Anda boleh makan tetapi pastikan tidak berlebihan dan elak pembaziran.

5. Berterima Kasih & Bersedekah

image3
Kredit Foto: Takdiribnu, Blogspot

Terlalu banyak perkara positif yang kita pelajari sepanjang bulan Ramadan dan antaranya adalah sentiasa bersyukur atas segala yang dikurniakan serta bermurah hati kepada mereka yang kurang bernasib baik. Tabiat ini sangat baik diteruskan dalam kehidupan kita dan bukan melakukannya ketika Ramadan sahaja.

Sebenarnya banyak lagi tabiat positif yang kita boleh teruskan selepas bulan Ramadan dan sebaik-baiknya berterusan sepanjang hidup kita. Apa pendapat anda? Ada lagi tabiat bermanfaat yang anda rasa harus diteruskan? Kongsikan bersama kami!

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a website or blog at WordPress.com

Up ↑

%d bloggers like this: