Aktiviti-Aktiviti Lasak Anda Wajib Cuba di Langkawi

Kredit Foto: Elvira Edison 

Apabila bercakap tentang Langkawi, ‘coklat’ dan ‘shopping’ adalah antara yang bermain di fikiran kerana harga murah dan berpatutan. Ya, memang benar kerana Langkawi adalah salah satu kawasan zon bebas cukai di Malaysia. Namun terdapat pelbagai tarikan lain di sana yang menjadikan ia salah sebuah pulau terkenal di mata dunia.

Dikenali sebagai tropical paradise kerana dikelilingi hutan hijau dan subur, Langkawi juga adalah salah sebuah pusat eco-tourism (eko-pelancongan) popular.

Kami kongsikan beberapa aktiviti lasak eko-pelancongan yang anda wajib cuba apabila kunjungi pulau ini:

#1 Sertai Aktiviti Berkayak

Picture2.png
Kredit Foto: Dev’s Adventure Tour

Kami pasti tak ramai yang pernah lakukan aktiviti ini. Anda berpeluang berkayak di perairan hutan bakau mengikut tour guide berpengalaman, sambil mempelajari eko-sistem dan kepentingan hutan bakau di Malaysia. Aktiviti ini tidaklah memenatkan dan kami syorkan kepada anda untuk mencubanya. Untuk informasi lanjut, boleh semak di sini.

#2 Obstacle Course Skytrex 

Kredit Foto: Twitter

Gemar melakukan aktiviti lasak? Kunjungi Skytrex Langkawi dimana anda boleh melakukan obstacle course (kursus halangan) di atas kanopi pokok yang dikelilingi hutan rimba hijau. Anda boleh memilih tiga tahap berbeza iaitu ‘Beginner’, ‘Intermediate’ atau ‘Advance’, yang menyediakan pelbagai aktiviti lasak dan mencabar seperti flying fox, cable walk dan spider web.

Untuk maklumat lanjut:  http://www.skytrex-adventure.com/

#3 Island Hopping Dengan Jet Ski

Picture4.png
Kredit Foto: PhotoTravelNomads.com

Walaupun harganya agak mahal, tetapi sangat berbaloi kerana anda boleh melepak di pantai-pantai terpencil pilihan anda. Jika mengikuti tour yang biasa, anda akan dibawa ke lokasi yang dipenuhi pelancong lain. Namun dengan jet ski, anda boleh melawat pulau-pulau yang tidak boleh dilawati dengan bot.

#4 Mandi di Air Terjun Telaga Tujuh

Picture5.png
Kredit Foto: Jom Jalan

Air Terjun Telaga Tujuh merupakan salah satu tarikan alam semulajadi popular di Langkawi. Terletak berdekatan dengan Oriental Park atau kereta kabel, aktiviti bermandi-manda ini sesuai dilakukan ketika hari panas. Walaupun terpaksa mendaki sedikit untuk ke tempat teratas air terjun ini, ianya sangat berbaloi!

#5 Parasailing Ketika Matahari Terbenam

Picture6.png
Kredit Foto: The Poor Traveller

Memang tak sah pergi ke Langkawi tanpa kunjungi Pantai Cenang! Untuk menghayati pemandangan indah pantai ini, kami cadangkan anda lakukan parasailing ketika matahari terbenam. Pastikan anda mendapatkan nasihat dan panduan daripada pelatih parasailing sebelum melakukan aktiviti ini. Sambil parasailing, bolehlah nikmati Pantai Cenang. Ala-ala summer vacation gitu!

 

Cara-Cara Perjalanan ke Pulau Langkawi

Terdapat beberapa cara perjalanan untuk ke Langkawi iaitu mengambil feri dari Kuala Kedah, Kuala Perlis atau Pulau Pinang, atau menggunakan kapal terbang yang memakan masa kurang dari 60 minit jika dari Kuala Lumpur. Anda juga boleh mengambil bas ke Kuala Perlis dan menggunakan perkhidmatan feri ke Jeti Kuah (Langkawi), dimana anda boleh menempah kereta sewa, pakej pelancongan dan sebagainya.

  • Perjalanan Bas dari Kuala Lumpur ke Kuala Perlis

Perjalanan feri dari Kuala Perlis ke Langkawi mengambil masa paling singkat iaitu satu jam dan juga paling murah daripada mengambil feri dari Kuala Kedah atau Pulau Pinang. Dari Kuala Lumpur, anda boleh menaiki bas dengan harga bermula daripada RM47 dan pilihan operator adalah seperti Intercity Coach, KBES, Transnasional dan Quickliner Express. Anda boleh memilih untuk berlepas dari Hentian Duta atau Terminal Bersepadu Selatan (TBS). Perjalanan dijangka memakan masa kira-kira 7 jam 30 minit bergantung kepada keadaan cuaca dan trafik semasa.

  • Perjalanan Bas dari Kuala Lumpur > Pulau Pinang > Langkawi

Anda juga boleh mengambil bas ke Georgetown yang mengambil masa kira-kira 4 jam 30 minit dan dijual dengan harga berpatutan bermula dari RM33.80 mengikut operator pilihan anda seperti Billion Stars, Plusliner, Seasons Express dan banyak lagi. Anda boleh menaiki feri ke Langkawi yang memakan masa kira-kira 3 jam dan berharga antara RM72 – RM80 untuk dewasa.

  • Menaiki Kapal Terbang ke Langkawi

Kapal terbang adalah cara paling mudah untuk ke Langkawi kerana masanya yang singkat dan harga cukup berpatutan. Namun pilihan ini hanyalah sesuai jika anda mempunyai bajet lebih. Apabila tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, anda boleh memilih untuk menaiki teksi ke Pantai Cenang dengan harga sekitar RM18.

 

Beli Tiket Bas di CatchThatBus

Anda boleh mendapatkan tiket bas anda dengan mudah dan di mana-mana saja menerusi aplikasi atau laman web CatchThatBus. Antara operator bas yang menyediakan perkhidmatan ke Kuala Perlis, Alor Setar atau Pulau Pinang adalah Transnasional, Seasons Express, Plusliner, Quickliner Express, Billion Stars dan banyak lagi.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Create a website or blog at WordPress.com

Up ↑

%d bloggers like this: