Bazar Ramadan Popular Di Lokasi Anda

Sebut sahaja ‘bulan puasa’ atau ‘Ramadan’, satu perkara yang pasti akan terlintas di fikiran rakyat Malaysia tanpa mengira agama dan bangsa ialah ‘Bazar Ramadan’.

Namun disebabkan pandemik COVID-19, Ramadan tahun lepas berlalu tanpa sebarang bazar dibenarkan beroperasi. Tahun ini ada sedikit kelainan: Kerajaan telah memberi kelonggaran kepada pembukaan bazar Ramadan di seluruh Malaysia (kecuali Kelantan), tertakluk kepada syarat-syarat dan pematuhan SOP yang ketat dan sentiasa dipantau.

Jom kita lihat antara beberapa bazar Ramadan yang terkenal di lokasi anda:

Kampung Baru, Kuala Lumpur

Bubur lambuk Kg Baru
Photo Credit: Benar News Malaysia

Semua orang dah kenal atau dah tahu mengenai bazar Ramadan Kg Baru ini. Malah pelancong asing pun biasa dilihat mundar-mandir membeli itu dan ini, menikmati ‘Malay tastes’. Kadang-kadang anda akan nampak kelibat VIP dan selebriti turut memeriahkan bazar ini. Tentu anda tahu pasal bubur lambuk Kg Baru kan? Kunjungi bazar Ramadan Kg Baru, pasti anda akan dapat cari bubur lambuk yang popular itu.

Stadium Shah Alam, Selangor

Stadium Shah Alam
Photo Credit: Muhammad Ameerul Boolat

Terletak di kawasan Pasar Tani FAMA (berhampiran dengan Stadium Shah Alam). Nasi kerabu dan bihun sup pastinya antara puluhan jenis kuih-muih, makanan tradisi dan lain-lain juadah disediakan untuk kepuasan hati setiap pengunjung.

TTDI, Kuala Lumpur

Photo Credit: @bangsarbabe

Bazar ini memang terkenal dengan pelbagai jenis lauk-pauk dan menu berbuka setiap tahun. Terdapat 180 gerai yang menyediakan macam-macam jenis juadah istimewa. Ayam percik, makanan pantai timur, makanan utara, pulut panggang dan lain-lain disediakan untuk sesiapa yang datang.

Bazar Ramadan Bayan Baru, Pulau Pinang

Ayam golek di Bayan Baru
Photo Credit: Dayalan Muthu
Antara bazar Ramadan yang besar dalam Pulau Pinang. Terdapat sekitar 300 lebih gerai berniaga di sini. Apa yang anda mahu hampir pasti anda dapat di sini. Nasi briani, nasi kandar, nasi goreng, cucur, pasembur, mi goreng, bihun goreng…semua ada di sini, semua boleh dibeli.

Bazar Balik Pulau, Pulau Pinang

Makanan laut bakar berempah
Photo Credit: @warongtokti

Ada yang mengatakan inilah bazar Ramadan paling besar dalam Pulau Pinang. Ikan bakar, kerang bakar, sotong pelbagai rasa, udang dan sebagainya boleh didapati di sini. Nasi kandar? Ketam, sotong, udang besar? Sudah semestinya!

Bazar Ramadan Seberang Jaya, Pulau Pinang

Lee Murtabak di Seberang Jaya
Photo Credit: Harian Metro

Bazar ini antara yang popular di Seberang Prai. Murtabak yang berbagai jenis adalah antara menu yang anda boleh beli di sini. Laksa Penang, kuih talam, roti jala pun ada.

Bazar Ramadan Kg Melayu Majidee

Bazar Ramadan Kg Melayu Majidee
Photo Credit: Yus Laksa Corner

Tak rugi bila masuk ke bazar ini. Semua jenis rojak ada: rojak ketam isi, rojak tauhu, rojak Larkin. Laksa Johor, murtabak Johor pastinya ada. Air jagung, air tembikai, sirap bandung soda, semua jenis minuman beratur menunggu anda.

Bazar Ramadan Stadium Darul Aman, Alor Setar

Bazar Ramadan Stadium Darul Aman
Photo Credit: @shahdjimavic

Salah satu bazar Ramadan popular di Alor Setar, bazar ini sudah tentunya menyediakan pelbagai jenis juadah kegemaran orang Kedah: laksa Kedah, sup utara, nasi ulam, pulut panggang dan sebagainya. Kalau rajin berjalan-jalan, pasti anda akan jumpa cucur jawa dan apam lenggang.

Update: Bazar Ramadan di Bukit Nyamuk, Kedah diarah ditutup kerana kegagalan penganjur memastikan pematuhan SOP COVID-19. (Sumber: Astro Awani 21/4/2021).

Bazar Ramadan Kuala Terengganu

Bazar Ramadan Kuala Terengganu
Photo Credit: @teganukita.net

Terengganu sememangnya terkenal dengan pelbagai jenis makanan Pantai Timur. Tambahan lagi di bulan puasa ini, bertambahlah menu yang disediakan: nasi kerabu, sate, keropok lekor, laksam, nasi dagang dan lain-lain. Ada banyak bazar Ramadan dalam kawasan Kuala Terengganu, antaranya Pasar Bukit Besar, Pasar Kedai Buluh, dan Pasar Cabang Tiga.

Update: Di Terengganu, kerajaan negeri itu memutuskan bahawa kanak-kanak berusia bawah 12 tahun tidak dibenarkan mengunjungi bazar Ramadan. Ini adalah untuk memastikan “tahap pematuhan SOP yang tinggi sekali gus mengelak penularan Covid-19.” (Sumber: Sinar Harian 22/4/2021).

Bazar Ramadan Kuantan

Ayam bakar madu berempah
Photo Credit: Sara Roasters Kuantan

Ada beberapa tapak bazar Ramadan yang disediakan di Kuantan, antaranya: di Taman TAS, Jaya Gading, Mahkota Square, dan di kawasan Stadium Darul Makmur. Apa saja makanan atau kuih-muih anda mahu, terutamanya bercita rasa Pahang dan Pantai Timur boleh didapati di bazar-bazar itu.

Update: Majlis Bandaraya Kuantan melarang warga emas dan kanak-kanak mengunjungi bazar Ramadan “susulan terdapat peningkatan kes jangkitan Covid-19 di daerah ini.” (Sumber: Sinar Harian 16/4/2021).

Bazar Ramadan Ipoh

Aneka kuih-muih di bazar Ramadan Ipoh
Photo Credit: Mohd Amirul Helmi Ismail

Antara bazar Ramadan yang popular di Ipoh ialah di Jalan Sibilin, Kampong Manjoi, Stadium Perak, dan Medan Gopeng. Anda yang tercari-cari juadah special orang Perak, kunjungilah bazar-bazar ini, pasti tidak mengecewakan.

Untuk makluman: Kerajaan negeri Kelantan dan Sarawak telah memutuskan tiada bazar Ramadan bagi negeri mereka. Kerajaan kedua-dua negeri itu bimbang penularan kes COVID-19 yang sukar dikawal jika bazar Ramadan dibenar beroperasi.

Peringatan mesra: Kunjungilah bazar Ramadan tetapi jangan lupa mematuhi setiap SOP pada sebarang masa.

#KekalSelamat #StaySafe dan, kepada anda yang beragama Islam, selamat menjalani ibadah puasa Ramadan.


Featured Photo: Mohd Amirul Helmi Ismail

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Create a website or blog at WordPress.com

Up ↑

%d bloggers like this: