Uncle Tan, seorang kawan baik ayah saya bercerita, 40 tahun dulu dia bekerja di Kuala Lumpur. Bila ada peluang, dia dan isterinya akan balik bercuti ke Kuala Terengganu, bandar asalnya, tempat tinggal ibu dan bapanya.
Masalahnya, kata Uncle Tan, bukan senang kalau mereka berdua nak balik bercuti di hujung minggu yang panjang kerana bertempel dengan cuti awam – misalnya Hari Merdeka jatuhnya pada hari Isnin atau Jumaat. Malah, ia merupakan sesuatu yang “mengerikan”.
Bagi sesiapa yang destinasinya dilalui oleh perkhidmatan keretapi, not so bad, mereka ada dua pilihan: keretapi atau bas. Kalau yang hanya ada perkhidmatan bas? Tiada pilihan lain kecuali bas. Oh, teksi? Teksi tersangat mahal. Kalau KL ke Melaka OK lagi, kalau KL ke Kuala Terengganu?
Sudah tentu kaunter tiket bas seperti di Puduraya (bagi orang Kuala Lumpur dan sekitarnya) akan sesak dengan orang yang nak membeli tiket. Masa tu tak pernah dengarlah boleh beli tiket secara online macam sekarang. Tak termimpi pun sistem yang macam tu.
Yang tambah mengerikannya lagi, kata Uncle Tan, baru seminggu dibuka, tiket dah sold out. Notis di tingkap kaunter tiket bas tergantung “Tiket Perjalanan Merdeka Sudah Habis”. Terpaksalah tunggu bas tambahan pula.
Bila dengar tiket bas tambahan itu dibuka, berebut-rebut lagi, bersesak-sesak lagi di Puduraya tu. Yang dapat beli, nampak muka masing-masing cerah, lega, bagaikan menang pertandingan hadiah wang sejuta ringgit.
Yang tak dapat? Muka kecewa habis, masam, sedih. Balik rumah beritau isteri dan anak-anak, “Tahun ni kita sambut Merdeka di KL je lah”.
Itu cerita Uncle Tan dan pengalamannya membeli tiket bas ekspres 40 tahun dulu.
Sekarang ni, nak beli tiket dah tak perlu bersesak-sesak lagi. Malah tak perlu menjenguk muka di kaunter tiket pun. Cukup dengan buka handphone atau laptop, klik sana sini, dah boleh dapat tiket bas ke destinasi yang nak dituju.
Tiket bas dah boleh beli secara online. Tempah online, beli online, bayar online. Seperti kata Uncle Tan, “Senang betul you all sekarang!”
Selamat menyambut Hari Kebangsaan yang ke-64 Uncle Tan, Auntie, dan rakyat Malaysia semua! ❤️️🇲🇾
Gambar Utama: Chow Kit pada tahun 1980-an | Skyscraper City
Leave a Reply