Tips Memilih Bas Terbaik untuk Anda

Pengalaman kali pertama menaiki bas tidak seharusnya mengecewakan! Sebarang keterlepasan pandang boleh menyebabkan perjalanan yang kurang sesuai bag untuk anda. Ikutilah 10 tips ini bagi memilih bas yang memenuhi keperluan anda.

1. Mengenali ciri-ciri bas

Setiap operator menawarkan perkhidmatan yang berbeza. Ada sesetengah bas yang menyediakan perkhidmatan pramugari, dan ada yang hanya menyediakan kemudahan asas sahaja. Pastikan bas yang ditempah siap dengan kemudahan yang bersesuaian dengan anda:

  • Soket, port USB & WiFi

2Kredit Foto : 4travel.jp

Bagi yang tidak sanggup lepas tangan dengan kerjanya, kemudahan dalam bas amat berguna. Soket yang disediakan dapat manghampuskan segala perasaan resah tentang ketahanan bateri telefon bimbit atau komputer riba. Anda juga dapat menjimatkan data dengan menggunakan Wi-Fi atau internet percuma yang disediakan.

  • Keselesaan kerusi

3Kredit Foto : prweb.com

 Kerusi yang mempunyai fleksibiliti untuk berbaring dengan ruang kaki yang luas dapat menawarkan perjalanan bas yang berkualiti tanpa mengira jarak perjalanan, terutamanya jika bermalam dalam bas. Ia juga dapat menggelakkan segala rasa ketidakselesaan, sakit belakang dan kekejangan otot. 

  • Penyusunan kerusi

penysusnana.jpg

 

Apabila melancong dengan kumpulan besar seperti keluarga atau rakan-rakan, cara penyusunan kerusi bas perlu dipertimbangkan. Bukan sahaja mudah bergaul mesra dengan yang lain, malah mereka akan berasa lebih selesa dan senang hati sepanjang perjalanan.

2. Ketahuilah jadual bas beroperasi

Selain daripada kemudahan yang sedia ada, pastikan anda perhatikan jadual operasi yang ditetapkan oleh setiap operator bas. Ada sesetengah operator yang menyediakan perjalanan harian, dan sesetengah lagi hanya pada hujung minggu:

  • Waktu perjalanan

5.jpg

Setiap operator bas mempunyai waktu perjalanan yang berbeza. Jika hendak ke destinasi awal, lebih baik anda memilih operator yang berlepas pada waktu pagi atau tengahari. Manakala, jika tidak bergegas ke mana-mana, baik menaiki bas yang bertolak pada petang ataupun malam. Ada juga operator yang mempunyai waktu berlepas selewat 11pm.

  • Membeli bas tiket dengan lancar

Ketahuilah perjalanan bas terlebih dahulu bagi menikmati proses tempahan bas yang lancar, terutamanya sewaktu “peak season”. Dengan ini, anda dapat merancang perjalanan anda dengan lebih baik. Satu lagi tip adalah untuk membeli tiket lebih awal sebelum habis dijual agar mengelakkan sebarang kesulitan.

3. Maklumat tambahan

  • Keselamatan

Faktor keselamatan apabila menempah bas tidak boleh diambil ringan, namun, bas yang dilengkapi dengan tali keledar mesti dipertimbangkan. Di dalam bas, pastikan kanak-kanak memakai tali pinggang keledar selagi bas bergerak bagi menggelakkan sebarang kecederaan berlaku.

  • Harga tiket

6Kredit Foto : windowseatpreferred.com

Biarpun jauh mahupun dekat, ingatlah bahawa harga tiket bas mencerminkan kualiti perkhidmatan yang akan disediakan. Perbezaan harga tiket antara operator bukan bermaksud kualiti yang rendah, tetapi perkhidmatan atau kemudahan tertentu. Oleh itu, jika anda seorang yang memerlukan kerusi yang lebih luas, internet laju, dan pembantu peribadi, pastikan anda sanggup membayar harganya!

 

Ingin beli tiket bas dengan mudah sekali? Layarilah www.catchthatbus.com untuk dapatkan tiket-tiket ke destinasi kegemaran anda! Harganya sama seperti di kaunter.

 

 

 

 

 

 

 

 

Leave a comment

Create a website or blog at WordPress.com

Up ↑