[Update] Bazar Ramadan di kawasan PKP masih dibenarkan beroperasi mengikut SOP ketat. Walau bagaimanapun, keputusan untuk meneruskan atau menutup operasi bazar adalah tertakluk di bawah kuasa Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan. (Sumber: Sidang media Menteri Kanan Pertahanan 4/5/2021).
Ramadan datang lagi!
Betul, bazar Ramadan! Tempat di mana semua orang Malaysia berkumpul tidak kira bangsa dan agama.
Apa yang terlintas di kepala bila disebut “Ramadan”? Ya, sudah tentu: Ibadah puasa oleh semua orang Islam. Lagi?
Ya betul, bazar Ramadan! Tempat di mana semua orang Malaysia berkumpul tidak kira bangsa dan agama.
Tahun lepas kita tidak berpeluang melawat bazar Ramadan kerana ketika itu, bilangan kes COVID-19 terlalu tinggi. Namun tahun ini, bazar Ramadan akan kembali beroperasi! Kerajaan telah memberi kebenaran ini memandangkan keadaan Covid-19 telah menjadi lebih terkawal.
Untuk tahun ini, bolehlah kita semua rakyat Malaysia berkunjung semula ke bazar-bazar Ramadan di tempat kita masing-masing, menikmati pelbagai juadah, kuih-muih dan lauk-pauk special yang hanya terdapat dalam bulan Ramadan.
Tapi ingat ya! Kunjungan ke Bazar Ramadan tertakluk kepada pematuhan SOP yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Apakah SOP Bazar Ramadan yang diwajibkan tu? Antaranya:
Operasi Bazar Ramadan
1. Waktu operasi: 3.00 petang – 8.00 malam.
2. Barang jualan: Hanya makanan dan minuman sahaja yang dibenarkan.
SOP Pengunjung
1. Check-in menggunakan MySejahtera (atau merekodkan nama dan nombor telefon dalam buku daftar).
2. Beratur di pintu masuk dalam jarak 1 meter.
3. Beratur semasa membeli dalam jarak 1 meter.
4. Memakai pelitup muka dengan betul.
5. Menggunakan hand sanitizer.
6. Suhu badan 37.5 dan ke atas – tidak dibenarkan masuk.
7. Mematuhi arahan oleh petugas di lokasi.
SOP Peniaga/Pembantu
1. Memakai pas khas yang dikeluarkan oleh PBT/penganjur.
2. Memakai pelitup muka (digalakkan pakai face shield).
3. Memakai apron pakai-buang.
4. Memakai sarung tangan pakai buang plastik.
5. Suhu badan 37.5 dan ke atas – tidak dibenarkan masuk.

CatchThatBus mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa Ramadan kepada anda yang beragama Islam. Dan kepada semua: selamat berkunjung ke bazar Ramadan!
#StaySafe #KitaJagaKita
Featured Image: Photo by @nitanggraeni | Unsplash
Leave a Reply